Carian
Samsung Dianugerahkan Paten S-Pen Dengan Kamera Terbina
February 6, 2019 Effi Saharudin

Tahun lalu S-Pen Samsung Galaxy Note 9 hadir dengan fungsi tambatan bluetooth yang membolehkannya menjadi alat kawalan jauh untuk mengambil gambar. Ia adalah inovasi terbesar diperkenalkan pada S-Pen sejak ia digunakan pada model pertama Galaxy Note. Tahun ini mungkin kejutan lebih besar bakal dilakukan Samsung pada S-Pen.

Menurut laporan PatenlyMobile, Samsung telah dianugerahkan paten sebuah stylus dengan kamera terbina pada bahagian hujung. Paten ini difailkan pada Februari 2017 tetapi hanya diterbitkan minggu ini. Kamera terbina menggantikan bicu pengunci yang kini ditemui pada S-Pen. Menarik sekali paten turut memberikan penerangan tentang kemampuan melakukan zoom optikal pada kamera. Dengan ini S-Pen boleh menjadi sebuah kamera yang dipegang dengan skrin peranti menjadi viewfinder.

Komen