Tencent Dilaporkan Ingin Melabur Pada Laman Internet Terkemuka, Reddit

Tencent Dilaporkan Ingin Melabur Pada Laman Internet Terkemuka, Reddit

Diterbitkan pada Feb 7, 2019 oleh .

Reddit merupakan salah satu forum terkemuka dunia yang disertai ramai pengguna – termasuk dari pemimpin, selebiriti dan sebagainya. Pelbagai berita awal sering hadir pada Reddit terlebih dahulu sebelum ia menjadi hangat di laman-laman lain.

Terkini, ia dilaporkan Reddit sedang mengumpulkan suntikan dana pelaburan baru – dan pelaburan berkenaan diterajui oleh syarikat Tencent dari China.

Seperti ramai sedia maklum, Tencent sedia popular dengan penawaran perkhidmatan permesejan mereka, WeChat. Selain WeChat, Tencent turut mempunyai sejumlah pelaburan pada permainan video popular, arena e-dagang, dan beberapa portfolio berbeza yang lain. Pelaburan pada Reddit akan menambah lagi portfolio mereka di luar China, selain mengukuhkan lagi portfolio mereka.

Ia dikatakan suntikan dana pelaburan ini sedang dalam perbincangan pada nilai syarikat Reddit mencapai $2.7 bilion iaitu sekitar RM11 bilion. Buat masa ini, pihak Reddit dan Tencent tidak mengeluarkan sebarang komen berkaitan dengannya.


TIPS & ULASAN