Pepijat Adobe Premiere Pro CC Menyebabkan Kerosakan Kekal Pada Pembesar Suara MacBook

Pepijat Adobe Premiere Pro CC Menyebabkan Kerosakan Kekal Pada Pembesar Suara MacBook

Diterbitkan pada Feb 7, 2019 oleh .

Pepijat pada perisian biasanya hanya menyebabkannya gagal beroperasi atau kerentanan sekuriti. Ini dapat ditampal bagi menyelesaikan masalah-masalah yang timbul tanpa kerosakan kekal. Menurut laporan 9to5Mac pepijat pada perisian suntingan video Adobe Premiere Pro CC  telah menyebabkan kerosakan kekal pada pembesar suara pemilik MacBook.

Seorang pengguna mendakwa audio pada video yang disunting secara tiba-tiba meningkat dengan kuat. Ini tidak dapat disenyapkan dan apabila pembesar suara digunakan selepas itu, ia mengeluarkan audio yang pecah kerana kerosakan pada diafragma. Pengguna lain di forum Adobe turut melaporkan masalah dan kerosakan yang sama.

Wakil Adobe kini mengeluarkan saranan supaya membisukan mikrofon ketika menggunakan alat kawalan audio Premiere Pro CC sekaligus memberikan petanda pepijat berkait rapat dengan feedback pada audio. Tidak diketahui sama ada Adobe akan menampal pepijat ini dan membayar ganti rugi kepada pengguna yang mengalami kerosakan kekal.


TIPS & ULASAN