PUBG atau PlayerUnknown’s Battlegrounds merupakan salah satu permainan yang sangat popular – bukan sahaja pada komputer, tetapi juga pada telefon pintar. Terkini, dalam usaha untuk mengalakkan lebih ramai bermain permainan ini, pembangunnya turut telah mengumumkan PUBG Lite yang boleh diuji pengguna tempatan bermula 14 Februari 2019 ini.
Versi PUBG Lite ini ditawarkan secara percuma, dan memerlukan spesifikasi PC yang lebih rendah. Ia boleh dimainkan menggunakan hanya cip pemprosesan Core i3 2.4Ghz, 4GB RAM dan sokongan grafik Intel HD Graphics 4000 – sekaligus membuka peluang untuk lebih ramai pengguna memainkannya.
Bagi anda yang berminat, boleh memuat-turun PUBG Lite ini hari ini, dan bersedia untuk memainkannya pada 14 Februari 2019 kelak.
- Muat-Turun PUBG Lite untuk PC