Cari @ Amanz

Flickr sebelum ini telah mengumumkan mereka akan mula memadam gambar pengguna akaun percuma yang melebihi had 1000 gambar bermula 5 Februari 2019 kelak. Hal ini semestinya tidak disukai ramai, dan ada yang masih belum bersedia sepenuhnya untuk hal berkenaan – seperti membuat sandaran gambar dan video mereka daripada akaun Flickr mereka.

Lanjutan daripadanya, kini pihak Flickr mengumumkan yang mana mereka akan melanjutkan tarikh untuk memadam gambar akaun pengguna percuma dari 5 Februari 2019 ke, 12 Mac 2019 kelak.

Ini bermakna anda mempunyai sekitar sebulan lebih lagi untuk memuat-turun gambar dan video dari akaun Flickr anda – sebelum ia dipadam sepenuhnya.

Bagi anda yang mempunyai akaun Flickr, ada baiknya anda memulakan proses sandaran gambar dan video daripada akaun anda hari ini untuk mengelak anda terlupa dan sebagainya. Atau sebagai alternatif, anda juga turut boleh menaik-taraf akaun anda ke akaun berbayar, dan kekal menggunakannya seperti biasa.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd