Cari @ Amanz

Sony boleh dikatakan agak “senyap” akhir-akhir ini dalam penawaran telefon pintar mereka. Namun, ia semestinya tidak menghentikan Sony untuk hadir dengan penawaran inovasi terbaru.

Sony Xperia XA3

Terkini, mengikut ketirisan terbaru yang hadir ke arena web melalui WinFuture, ia dilihat Sony akan memperkenalkan Xperia XA3 dengan rekaan skrin pada nisbah paparan 21:9. Sony dijangka memperkenalkannya seawal MWC 2019 pada penghujung Februari ini.

Dengan panel paparan pada nisbah 21:9 ini, pengguna boleh menikmati sejumlah kandungan sinematik pada telefon pintar mereka tanpa melihat sebarang bar berwarna hitam. Walaubagaimanapun, seperti biasa, untuk kandungan video pada nisbah lain, ia akan memaparkan bar hitam berkenaan.

Gambar tertiris juga memperlihatkan rekaan bingkai yang sedikit tebal pada bahagian dahi peranti, selain penggunaan dwi-kamera pada bahagian belakang.

Sony dijangka mengumumkan Xperia XA3 ini bersama-sama Xperia XA3 Ultra dan juga Xperia XZ4.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd