Cari @ Amanz

Terdapat beberapa sistem nyahkunci wajah yang digunakan pada telefon pintar di pasaran. Sistem yang paling selamat ialah yang mengimbas wajah pengguna secara 3D seperti yang ditemui pada iPhone XS dan Mate 20 Pro. Pada waktu ini kedua-dua peranti ini masih menggunakan sistem pancaran titik infra merah. Ia mengambil masa beberapa saat untuk mengenalpasti wajah pengguna.

LG hari ini mengesahkan peranti LG G8 ThinQ kelak akan menyokong sistem nyahkunci wajah 3D. Uniknya pada G8 ThinQ ialah kamera TOF Infineon REAL3 digunakan pada kamera hadapan. Ini mungkin kali pertama kamera TOF digunakan pada kamera hadapan peranti. Selain imbasan wajah 3D yang lebih tepat dan pantas, kamera TOF ini turut menyokong aplikasi realiti terimbuh.

Di MWC kelak G8 ThinQ bukan satu-satunya peranti yang menggunakan kamera TOF. Sony Xperia XZ4 turut akan menggunakannya dengan teknologi DepthSense pada kamera belakang.,

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd