WhatsApp Mengharamkan 2 Juta Akaun Setiap Bulan Bagi Membendung Masalah Spam

WhatsApp Mengharamkan 2 Juta Akaun Setiap Bulan Bagi Membendung Masalah Spam

Diterbitkan pada Feb 7, 2019 oleh .

Aplikasi pemesejan yang paling kerap kami gunakan ialah WhatsApp kerana ianya mudah, pantas dan mempunyai penyulitan dua hala. Tetapi satu perkara yang menjengkelkan pada aplikasi ini ialah ia dipenuhi masalah spam dalam bentuk perjudian atas talian dan juga pengiklanan. Masalah ini cuba diselesaikan oleh mereka dengan mengharamkan jutaan akaun sebulan.

Ini didedahkan oleh WhatsApp di dalam laporan laman VentureBeat. Sebanyak 2 juta akaun yang diharamkan bulanan ini dikesan menggunakan sistem pembelajaran mesin. Menarik sekali 20% akaun diharamkan sejurus selepas ia didaftarkan. Sebanyak 75% akaun diharamkan tanpa sebarang campur tangan manusia. WhatsApp mengesan akaun spam berdasarkan alamat IP. kekerapan menghantar mesej sejurus selepas akaun didaftarkan dan lokasi mesej dihantar.

WhatsApp sedang serius menentang spam kerana platform mereka digunakan untuk menyebarkan kebencian sehingga menyebabkan kematian. Antara tindakan drastik yang diambil oleh WhatsApp akhir-akhir ini ialah mengehadkan mesej yang boleh dipanjangkan sehingga lima kali sahaja.


TIPS & ULASAN