Cari @ Amanz

Setiap penghasilan idea memerlukan suatu tindakan kerjasama yang baik daripada pelbagai pihak. Red Hat, selaku operasi sumber terbuka kini memainkan peranan yang penting dalam mengerakkan fungsi teknologi industri sumber terbuka kepada pelanggan perusahaan pendigitalan.

Berikutan itu, pelbagai usaha dan kerjasama yang dilaksanakan oleh Redhat bagi memperbaharui perkhidmatan mereka. Selain mempertingkatkan sistem yang sedia ada, Redhat melihat terdapat banyak potensi dalam industri negara khususnya meliputi golongan muda. Perihal itu, mereka berkomitmen untuk menjalankan pelaksanaan penambahbaikan dengan mendidik fahaman golongan ini terhadap arena sumber terbuka.

Antara perkhidmatan yang sedia ada adalah Red Hat OpenShift Container Platform, Red Hat Ansible dan penawaran lain. Ia bukan sekadar berkongsikan pengetahuan namun turut sama memberikan peluang kemahiran kepada pihak yang berminat.

Menerusi perbincangan bersama Damian Wong – Timbalan Pengarah dan Pengurus Besar Pertumbuhan Pasaran Asia Red Hat, mempunyai pandangannya tersendiri berkenaan tahap kemahiran industri yang dimiliki oleh negara. Bermacam alternatif yang boleh dilaksanakan bagi meningkatkan kemahiran industri dan membantu supaya pengguna kekal berdaya saing digital dalam menghadapi sebarang gangguan.

Disamping itu, Redhat juga tidak hanya tertumpu pada peningkatan teknologi sahaja namun kempen yang berterusan juga dilakukan. Antaranya adalah kerjasama yang telah diumumkan bersama UNICEF bagi memperkasakan lagi sistem data raya pada kebaikan sosial masyarakat.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd