Cari @ Amanz

Jika anda menggunakan Google Chrome, pada tab baru pasti akan ada bar carian Google, ikon akses pantas kepada laman web yang kerap anda layari dan pada hujung kiri atas terdapat empat akses pantas kepada notifikasi, aplikasi web, GMail dan akaun pengguna.

Notifikasi ini memaparkan notifikasi daripada Google+, Google Photos dan juga Hangouts. Pengguna boleh akses notifikasi ini dengan menekan ikon loceng di bahagian atas. Tetapi ia hanya boleh diakses sehingga 7 Mac 2019, kerana jika anda tekan ikon loceng tadi – akan terdapat notifikasi memberitahu notifikasi ini akan ditamatkan.

Disebabkan Google+ akan pun ditamatkan, agak pelik jika notifikasi ini hanya memaparkan notifikasi daripada Hangouts dan Google Photos sahaja. Jadi kenapa tidak terus matikan sahaja sokongan notifikasi ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd