Motorola mempunyai beberapa penawaran siri peranti dibawah mereka, dan salah satu yang memfokuskan penawaran berspesfikasi pertengahan adalah siri Moto G. Hari ini, pengeluar peranti berkenaan telah pun secara rasminya memperkenalkan siri peranti Moto G7, dimana empat telefon pintar diperkenalkan dibawah siri berkenaan.
Empat peranti berkenaan adalah Moto G7 Play, Moto G7 Power, Moto G7, dan juga Moto G7 Plus.
Moto G7 Play hadir dengan penawaran paling asas, dimana ia dijana dengan skrin 5.7-inci pada resolusi 720p, dijana cip Snapdragon 632, memori 2GB RAM, dan storan sehingga 32GB. Melengkapkan ia adalah kamera belakang 13MP dan kamera hadapan 8MP. Moto G7 Play turut dijana dengan bateri berkapasiti 3000mAh.
https://www.youtube.com/watch?v=1RIDM3Ea-c4
Moto G7 Power pula adalah telefon pintar yang memfokuskan kepada penawaran bateri padanya – dimana ia dijana dengan bateri berkapasiti 5000mAh. Moto G7 Power menggunakan skrin 6.2-inci dengan resolusi 720p, dijana cip Snapdragon 632, memori 3GB RAM, dan storan 32GB. Untuk rakaman gambar, Moto G7 Power dilengkapi kamera belakang 12MP, selain kamera hadapan 8MP.
https://www.youtube.com/watch?v=r130IUzayFE
Moto G7 pula versi telefon pintar yang menyertakan beberapa ciri-ciri premium bersama dengannya seperti sokongan pengecasan pantas. Ia hadir dengan skrin 6.2-inci pada resolusi 1080p, dijana cip Snapdragon 632, memori 4GB RAM, dan storan 64GB. Ia turut hadir dengan dwi-kamera belakang gabungan 12MP + 5MP, selain kamera 8MP dihadapan. Menjananya juga adalah bateri berkapasiti 3000mAh.
https://www.youtube.com/watch?v=1aiMLNtIKM8
Moto G7 Plus pula memfokuskan kepada skrin besar, selain penawaran kamera berkualiti bersama dengannya. Ia menggunakan skrin 6.24-inci pada resolusi 1080p, cip Snapdragon 636 (berbeza dengan ketiga-tiga model lain), dijana memori 4GB RAM, dan storan 64GB. Ia turut dilengkapi dwi-kamera belakang 16MP + 5MP, selain kamera hadapan 12MP, dan dijana bateri berkapasiti 3000mAh.
https://www.youtube.com/watch?v=3o2lR8WkKpo
Buat masa ini, Motorola hanya mengumumkan penawaran telefon pintar ini dibeberapa buah negara sahaja. Memandangkan mereka telah membawa masuk Motorola One pada awal tahun ini, sama-sama kita berharap agar mereka turut membawa masuk model Moto G7 pada harga kompetitif untuk pasaran tempatan.