Qualcomm Hadir Dengan Cip Baru Untuk Peranti Berspesifikasi Pertengahan – Snapdragon 712

Qualcomm Hadir Dengan Cip Baru Untuk Peranti Berspesifikasi Pertengahan – Snapdragon 712

Diterbitkan pada Feb 8, 2019 oleh .

Qualcomm hari ini telah memperkenalkan platform cipset terbaru memfokuskan peranti berspesifikasi pertengahan, iaitu Snapdragon 712. Cipset ini adalah penambah-baikkan kepada cip Snapdragon 710 sedia ada – dimana Qualcomm mengatakan ia menawarkan penambah-baikkan prestasi sekitar 10%.

Cip Snapdragon 712 hadir dengan rekaan berasaskan 10nm, dan menawarkan kelajuan sehingga 2.3Ghz. Ia turut dikatakan menawarkan sokongan grafik lebih 35% berbanding Snapdragon 710 sebelum ini melalui penggunaan Adreno 616 GPU – sekaligus menjadikan pengalaman memainkan permua pada telefon pintar lebih baik berbanding sebelumnya.

Selain daripada itu, cipset ini juga turut menawarkan sokongan untuk pengecasan pantas Quick Charge 4+, dan sokongan untuk rakaman video 4K Ultra HD melaluinya.

Untuk rakaman gambar, cipset ini menawarkan sokongan Qualcomm Spectra ISP generasi kedua, selain mana ia turut menyertakan sokongan enjin Qualcomm AI untuk integrasi kecerdasan buatan.

Telefon pintar menggunakan cipset Snapdragon 712 ini dijangka diperkenalkan oleh beberapa pengeluar tidak lama lagi.


TIPS & ULASAN