Cari @ Amanz

ColorOS merupakan sistem operasi dan antaramuka berasaskan Android yang digunakan oleh Oppo dan Realme pada telefon pintar keluaran mereka. Ia menawarkan sejumlah perubahan pada sistem dan antaramuka berbanding sistem operasi Android asal – termasuk tidak menyertakan sokongan talam aplikasi.

Walaubagaimanapun, hal berkenaan dijangka berubah tidak lama lagi. Melalui soal-jawab yang diadakan oleh pihak Realme, mereka mengatakan ColorOS 6 kelak akan menyertakan sokongan talam aplikasi bersama-sama dengannya.

Pengguna akan diberikan pilihan untuk mengaktifkan atau sebaliknya ciri ini melalui laman tetapan pada peranti mereka.

Buat masa ini, ia tidak diketahui lagi bilakah ColorOS 6 akan diperkenalkan pada peranti. Oppo telah mengumumkannya pada bulan November 2018 yang lepas, maka mungkin kita akan melihatnya pada peranti keluaran Oppo atau Realme dalam beberapa bulan lagi.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd