Skype Kini Mengaburkan Latar Belakang Secara Automatik Menggunakan Kecerdasan Buatan

Skype Kini Mengaburkan Latar Belakang Secara Automatik Menggunakan Kecerdasan Buatan

Diterbitkan pada Feb 8, 2019 oleh .

Jika kami melakukan panggilan video, kami terpaksa ke bilik khas di pejabat bagi mengelakkan pemanggil terganggu dengan apa yang berlaku di latar belakang. Ini ialah dilema biasa yang berlaku dengan penggunaan panggilan video yang semakin popular. Skype menyelesaikan masalah ini dengan memperkenalkan fungsi mengaburkan latar belakang secara automatik ketika panggilan dilakukan.

Untuk menyokong fungsi ini, sistem kecerdasan buatan digunakan bagi membezakan subjek dengan latar belakang. Fungsi ini boleh dinyahaktifkan oleh pengguna sekiranya tidak diperlukan. Bagi menikmati fungsi ini, pengguna hanya perlu mengemaskini ke versi terkini pada desktop dan telefon pintar.


TIPS & ULASAN