Cari @ Amanz

Permainan video Kingdom Hearts 3 akhirnya hadir selepas penungguan lebih sedekad. Sony turut hadir dengan konsol edisi terhad Sony PlayStation 4 Pro bertemakan permainan tersebut, dan kini, tiba giliran peranti muzik Sony Walkman pula.

Sony baru-baru ini memperkenalkan peranti Sony Walkman NW-A55 edisi terhad Kingdom Hearts 3 yang hadir dengan rekaan watak utama permainan tersebut, Sora.

Peranti Walkman NW-A55 ini dilengkapi dengan storan sebesar 16GB yang boleh ditambah menggunakan kad mikro SD sehingga 144GB. Dalam pada itu, peranti ini juga hadir dengan sokongan untuk pelbagai jenis format audio, termasuk HiRes Audio.

Bersama-sama dengan peranti Walkman ini, Sony turut memperkenalkan fon kepala Sony h.ear on 2 WH-H800 edisi terhad Kingdom Hearts 3 juga, dan ini adalah fon kepala nirwayar yang hadir dengan rekaan logo-logo yang dapat dilihat di dalam permainan Kingdom Hearts 3.

Peranti Sony Walkman NW-A55 dan fon kepala Sony h.ear on 2 ini sudahpun mula dijual di laman web Sony Japan pada harga 28,800 yen (~RM1068) dan 24,800 yen (~RM920).

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd