Carian
Google Adiantum Adalah Sekuriti Penyulitan Data Untuk Peranti Kelas Permulaan
February 8, 2019 Fahim Zahar

Terdapat banyak peranti Android yang berada di pasaran sekarang, bermula dari kelas permulaan sehinggalah peranti mercu. Setiap peranti ini mempunyai sistem sekuriti yang tersendiri dan antara sistem sekuriti yang terbina adalah penyulitan data pengguna.

Masalah dengan sistem penyulitan data ini adalah, peranti (kelas permulaan) yang dijana dengan cip berasaskan ARMv7 tidak mempunyai pecutan perkakasan (hardware acceleration) untuk penyulitan AES seperti yang berfungsi pada peranti (kelas pertengahan/peranti mercu) dengan janaan cip berasaskan ARMv8. Cip berasaskan ARMv7 ini memerlukan penggunaan kuasa yang banyak untuk kerja-kerja penyulitan dan jika kuasa yang banyak digunakan, prestasi peranti terpaksa dikorbankan.

Dengan itu, Google memperkenalkan Google Adiantum. Adiantum ini menggabungkan dua sandi (cipher) penyulitan dan ia adalah lima kali ganda lebih laju daripada AES yang digunakan pada cip tanpa pecutan perkakasan. Menurut Google, salah satu daripada penyulitan ini adalah daripada trafik HTTPS menyulit data tanpa menjejaskan prestasi.

Akan tetapi, Google Adiantum ini hanya boleh digunakan pada Android 9.0 Pie dan pengeluar sendiri harus aktifkan sistem penyulitan ini. Jika tidak, ia akan menggunakan AES yang akan menjejaskan prestasi peranti.

Komen