Imej Acah Vivo V15 Dan V15 Pro Mengesahkan Penggunaan Kamera Swafoto Periskop
Effi Saharudin
Vivo adalah pengeluar terawal menggunakan sistem kamera swaftoto periskop menerusi Vivo NEX tahun lalu. Sistem kamera swafoto 32-Megapixel akan digunakan pada peranti terkini mereka Vivo V15 dan V15 Pro kelak. ini disahkan menerusi gambar dan video acah yang dikongsi oleh mereka menerusi laman media sosial rasmi.
A surprise is around the corner… #VivoMalaysia #Vivo2019 #v15 #v15pro pic.twitter.com/VRCUcLCUH0
— Vivo Malaysia (@vivo_malaysia) February 7, 2019
Vivo V15 dan V15 Pro kedua-duanya akan mempunyai kamera hadapan sebesar 32-Megapixel. Sebelum ini spesifikasi V15 Pro juga telah tertiris dan ia dilengkapi skrin 6.39″ SAMOLED, dijana Sanpdragon 657, memori sebesar 6GB RAM, storan 128GB, kamera utama 48+8+5 Megapixel dan bateri sebesar 3700 mAh. Di India ia akan dijual pada harga INR 33,000 (~RM 1882) sebuah. Peranti ini akan dilancarkan secara rasmi pada 20 Februari kelak.
Komen
Sila log masuk untuk menghantar komen.