Cari @ Amanz

Android TV adalah sistem operasi Android untuk televisyen pintar atau kotak set. Google mula fokus dengan pembangunan Android TV ini sejak Google I/O 2018 dengan menjanjikan pelbagai perkara baru akan diperkenalkan.

Walaupun agak perlahan jika dibandingkan dengan kemaskini sistem operasi Android biasa, Google tetap tunaikan janji mereka. Tahun lepas, Mi Box 3 dilihat sudah pun menerima kemaksini Android TV Oreo. Hari ini, Android TV dilihat menerima kemaskini antaramuka. Kemaskini ini mengubah rekaan ikon yang kini mempunyai bucu yang bulat. Kemudian, font tulisan juga turut diubah. Backdrop Daydream (Android TV) dan Chromecast Built-in (Android TV) turut dilihat menerima kemaskini, tetapi tiada changelog yang jelas.

Jika anda ingin mengemaskini antaramuka Android TV anda, semak Google Play Store di peranti Android TV anda dan kemaskini aplikasi Android TV Core Service.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd