Spotify Akan Menggantung Atau Mengharamkan Akaun Yang Menggunakan Penghalang Iklan

Spotify Akan Menggantung Atau Mengharamkan Akaun Yang Menggunakan Penghalang Iklan

Diterbitkan pada Feb 8, 2019 oleh .

Spotify kini mempunyai lebih 200 juta pengguna sebulan tetapi hanya 95 juta melanggan kepada perkhidmatan premium berbayar. Dengan akaun percuma, pengguna masih boleh menstrim muzik kegemaran tetapi diselang seli dengan iklan. Terdapat pengguna yang cuba mengelat dengan memasang penghalang iklan.

Terma perkhidmatan Spotify kini telah dikemaskini semalam dan mereka mula memandang serius pengguna penghalang iklan. Akaun pengguna yang menghalang iklan boleh digantung atau dalam kes serius terus diharamkan dari menggunakan Spotify.

Dianggarkan sekitar 2% pengguna percuma Spotify memasang penghalang iklan pada waktu ini. Jika anda jatuh ke dalam kategori ini, sila cakna dengan perubahan pada terma dan syarat menggunakan perkhidmatan mereka.


TIPS & ULASAN