Kamera nircermin Fujifilm X-T20 popular di kalangan penggemar fotografi kerana ia sebuah kamera digital moden dengan rekaan kamera analog klasik. Berbeza dengan kebanyakan kamera di dalam kelas yang sama, kamera ini mempunyai tubuh logam dan bukannya plastik. Model kemas kini kepada X-T20 nampaknya akan dilancarkan kelak selepas gambar X-T30 tertiris.
Dari segi rekaan ia tidak mempunyai perbezaan yang besar berbanding rekaan model sebelum ini. Perbezaan kecil yang dilakukan ialah butang navigasi empat hala digantikan dengan tombol kawalan yang kecil. Selain itu terdapat ura-ura kamera nircermin ini akan dilengkapi sensor 26.1-Megapixel yang lebih besar berbanding 24.3-Megapixel pada X-T30.