Samsung Galaxy Note 9 Di Malaysia Mula Menerima Kemas Kini Android 9 Pie

Samsung Galaxy Note 9 Di Malaysia Mula Menerima Kemas Kini Android 9 Pie

Diterbitkan pada Feb 8, 2019 oleh .

Berita baik bagi pengguna Samsung Galaxy Note 9 di Malaysia. Kemas kini untuk sistem operasi Android 9 Pie kini boleh dimuat turun. Ini bukan sahaja memberikan sistem operasi terkini malahan antaramuka terkini One UI yang dioptimasi untuk penggunaan yang lebih mesra pengguna.

Saiz muat turun adalah 1593 MB dengan penambahbaikan kepada beberapa sistem serta tampalan sekuriti untuk Januari 2019. Dengan penerimaan kemas kini ini, Samsung menepati janji mereka yang diberikan pada Disember tahun lalu. Samsung Galaxy Note 9 ialah peranti ketiga menerima kemaskini Pie selepas Galaxy S9 dan S9+. Selepas ini giliran Galaxy S8 dan S8+ pula menerima kemaskini pada bulan Mac. Selamat memuat turun kemaskini ke peranti anda.

Terima kasih @anas_luqman  untuk tips ini


TIPS & ULASAN