Dell XPS 13 Generasi Baru Kini Boleh Didapati Di Malaysia Pada Harga Bermula RM5909

Dell XPS 13 Generasi Baru Kini Boleh Didapati Di Malaysia Pada Harga Bermula RM5909

Diterbitkan pada Feb 8, 2019 oleh .

Dell pada awal tahun ini telah mengumumkan kemaskini kepada sejumlah komputer riba dibawah mereka, termasuk salah satunya adalah komputer riba dengan rekaan kompak mereka, iaitu XPS 13. Kini, selang sebulan, komputer riba Dell XPS 13 (2019) turut telah boleh didapati di pasaran tempatan.

Dell XPS 13

Dell XPS 13 mengekalkan rekaan kompak dengan skrin nirbinkai, dilengkapi binaan yang kukuh dan papan kekunci yang selesa ditangan. Versi XPS 13 (2019) membawakan sedikit perubahan berbanding generasi sebelumnya – terutamanya kedudukan webcam yang kini diletakkan dibahagian atas, dan bukannya dibawah.

Bagi anda yang berminat, boleh mendapatkan Dell XPS 13 ini dalam variasi bermula model Intel Core i5-8265U, memori 8GB RAM, dan storan 256GB pada harga RM5909. Pengguna turut disediakan dengan pilihan lain, termasuk penambahan cip pemprosesan lebih berkuasa (sehingga Intel Core i7-8565U), memori sehingga 16GB RAM, dan dengan pilihan skrin sentuh sehingga 4K.

Beli : Dell XPS 13


TIPS & ULASAN