Ini Ialah Senarai Telefon Pintar Yang Memancarkan Jumlah Radiasi Tertinggi Dan Terendah

Ini Ialah Senarai Telefon Pintar Yang Memancarkan Jumlah Radiasi Tertinggi Dan Terendah

Diterbitkan pada Feb 9, 2019 oleh .

Setiap telefon pintar memancarkan radiasinya tersendiri apabila beroperasi. Pada waktu ini tidak ada piawaian apakah kadar yang berbahaya kepada manusia. Beberapa kajian saintifik sejak sedekad yang lalu tidak menemui sebarang kaitan di antara pancaran radiasi frekuensi radio telefon pintar dengan kewujudan kanser pada tubuh manusia. Kajian jangka panjang masih dilakukan. Laporan dari Jabatan Persekutuan Jerman bagi Perlindungan Radiasi (Bundesamt für Strahlenschutz) telah menyenaraikan peranti yang memancarkan jumlah radiasi radio yang tertinggi dan terendah.

Menurut laporan mereka Xiaomi Mi A1, OnePlus 5T, Xiaomi Mi Max 3, OnePlus 6T dan HTC U12 Life lima peranti dengan pancaran radiasi radio tertinggi. Manakala Samsung Galaxy Note 8, ZTE Axon Elite, LG G7, Samsung Galaxy A8 dan Samsung Galaxy S8+ adalah lima peranti dengan pancaran terendah. Walaupun “kadar selamat” radiasi radio tidak pernah ditakrifkan, badan pensijilan mesra alam Blue Angel meletakkan 0.60 Watt/kilogram sebagai tahap yang baik. Adakah peranti anda wujud di dalam senarai yang dikeluarkan?


TIPS & ULASAN