Cari @ Amanz

Sebentar tadi kami melaporkan Vivo V15 Pro akan dilengkapi kamera utama sebesar 48-Megapixel. Pada waktu yang sama imej pengolokan rasmi untuk Oppo F11 Pro juga tertiris mengesahkan penggunaan sensor yang sama pada kamera utama. Seperti V15 Pro, F11 Pro turut akan menggunakan sistem kamera swafoto periskop.

Perkongsian spesifikasi dan rekaan antara dua syarikat ini sudah berlaku sejak beberapa tahun yang lalu kerana mereka di bawah payung BBK Electronics. Perbezaan yang dapat dilihat ialah F11 Pro hanya dilengkapi sistem dwi-kamera dan tidak menyokong sistem imbasan cap jari terbina dalam skrin. Sebaliknya pengimbas cap jari diletakkan pada panel belakang. Ura-ura turut mengatakan F11 Pro akan menggunakan pemproses keluaran MediaTek berbanding Snapdragon 657 pada V15 Pro.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd