Camera Canopy Melindungi Kamera Dari Percikan Air Hujan
Artikel Berkaitan

Camera Canopy Melindungi Kamera Dari Percikan Air Hujan

Diterbitkan pada Feb 9, 2019 oleh .

Fotografi ialah hobi yang mahal. Untuk mengambil gambar pada kualiti paling premium, kamera dan lensa yang mahal perlu dimiliki. Tetapi peralatan yang dibeli agak sensitif kepada kelembapan udara dan boleh mengalami kerosakan yang teruk jika terkena air. Bagi peminat fotografi yang ingin mengambil gambar di dalam hujan, Camera Canopy telah dihasilkan,

Pelindung kamera dan lensa ini dipasang terus pada cagak flash kamera yang ingin digunakan. Ia diperbuat daripada bahan plexiglass supaya tidak menghalang cahaya dan kelengkapan. Ia mempunyai beberapa bilah lapisan yang boleh dibuka untuk kegunaan pada lensa yang panjang. Bagi yang berminat Camera Canopy dijual pada harga $80 sebuah. Selain Camera Canopy, terdapat juga payung boleh-pakai Nubrella yang turut melindungi kelengkapan kamera.

Sumber Camera Canopy menerusi PetaPixel


TIPS & ULASAN