Video Pratonton IGTV Kini Dipaparkan Pada Susur Masa Instagram

Video Pratonton IGTV Kini Dipaparkan Pada Susur Masa Instagram

Diterbitkan pada Feb 9, 2019 oleh .

Pada bulan Jun 2018, IGTV dilancarkan sebagai hab video menegak pada platform popular Instagram. Ini menggalakkan pengguna untuk memuat naik video panjang mereka ke platform ini. Tetapi ini memerlukan pengguna menekan tab khas di dalam aplikasi terlebih dahulu kerana video IGTV tidak dipaparkan pada susur masa biasa.

Instagram telah melakukan perubahan pada aplikasi dan kini video IGTV akan dipratonton pada susur masa biasa. Jika anda berminat untuk menontonnya, anda hanya perlu menekan butang “watch full video” dan video IGTV tersebut akan dapat ditonton sepenuhnya. Fungsi baru ini akan memudahkan pengikut menonton video IGTV terbaru ditonton tanpa perlu ke hab khusus. Tetapi bagi mereka yang tidak berminat untuk menonton IGTV, ia sebuah lagi fungsi yang tidak dipinta tetapi diberikan juga oleh Instagram.


TIPS & ULASAN