2019 Ialah Tahun Meme Telefon Pintar Menjadi Realiti

2019 Ialah Tahun Meme Telefon Pintar Menjadi Realiti

Diterbitkan pada Feb 12, 2019 oleh .

Selamat datang ke tahun 2019 di mana meme fungsi telefon pintar yang dahulunya dianggap jenaka akhirnya menjadi realiti. Apa yang kami maksudkan dengan kenyataan ini? Sebagai contoh Sony Xperia XZ4 da XA3 disahkan akan dilengkapi skrin dengan nisbah 21:9. Ini menjadikan sisi peranti lebih dua kali ganda lebih tinggi daripada lebar.

Xperia XZ4Hanya dua tahun lalu skrin 16:9 adalah standard industri sebelum digantikan dengan 18:9 kerana penggunaan rekaan peranti hampir semua-skrin. Dengan skrin 21:9 ini, meme iPhone yang semakin memanjang pasca penggunaan skrin 16:9 pada iPhone 5 kini menjadi realiti. Walaupun pada waktu ini tidak ada peranti dengan skrin memanjang seperti “iPhone 7” di bawah, peranti dengan skrin boleh lipat yang memanjang hanya menanti masa untuk dihasilkan.

Seterusnya ialah Huawei P30 Pro yang disahkan menggunakan sistem catur-kamera seperti Mate 20 Pro. Tidak seperti Mate 20 Pro, P30 Pro menyusun kamera secara menegak sekaligus menjadikan meme di bawah pula menjadi realiti. Namun begitu Nokia 9 Pureview adalah lebih melampau dengan penggunaan penta-kamera utama pada bahagian belakang.

Namun begitu penggunaan multi-kamera mungkin boleh meningkat ke sembilan kamera dalam masa terdekat. Leica telahpun melabur ke syarikat Light yang sebelum ini menghasilkan kamera padat L16 dengan enam belas lensa. Menurut Light, sistem ini mengambil gambar dalam multi-dedahan yang kemudiannya digabungkan menjadi sebuah gambar yang mempunyai Dengan pengguna yang saban tahun mahu melihat kemampuan kamera yang semakin meningkat setiap tahun, tidak mengejutkan jika penggunaan sistem tri-kamera semasa akan mula dilihat sebagai tidak lagi mencukupi.

Tetapi meme paling melampau yang ramai merasakan tidak mungkin terjadi ialah peranti tanpa sebarang port dan butang. Ia dihasilkan selepas Apple “dengan berani” membuang bicu audio pada iPhone 7. Laman seperti 9Gag mula menunjukkan imej acah iPhone 8 yang tidak lagi hadir dengan port pengecasan.

VIVO APEX 2019Hanya bulan lalu bukan satu tetapi dua peranti nirbutang dan nirport telah diumumkan. Vivo Apex 2019 dan Meizu Zero menggantikan butang kawalan dengan butang haptik sesentuh. Pengecasan menggunakan dok nirwayar khas dan audio dikeluarkan menerusi skrin menerusi sistem audio piezo elektrik. Ini ialah kemuncak inovasi peranti tahun ini di mana membuang fungsi adalah pembaharuan yang diperkenalkan dan bukannya menambah.

Meme di atas dihasilkan sebagai jenaka tetapi realitinya Apple sebenarnya pernah menimbangkan untuk membuang port pengecasan pada iPhone X  tetapi diubah pada saat akhir. Sebab ia dibatalkan adalah kerana teknologi pengecasan nirwayar yang lebih perlahan berbanding pengecasan berwayar. Secara peribadi saya merasakan idea peranti nirbutang dan nirport bukanlah inovasi yang bernas. Ini telah dinyatakan di dalam artikel yang telah ditulis hanya beberapa minggu yang lalu.

Sama ada anda redha ataupun tidak, ketiga-tiga meme terkemuka yang dihasilkan sebagai jenaka kini sudah menjadi realiti. Keperluan memperkenalkan inovasi baharu saban tahun memberikan tekanan kepada pengeluar. Mereka tidak mempunyai pilihan lain memandangkan kekurangan inovasi telah jelas menyebabkan jualan peranti menyusut kerana pengguna tidak mempunyai alasan yang kukuh untuk membeli peranti baharu.

Pengeluar nampaknya kini seakan menggunakan meme sebagai inspirasi. Oleh itu mungkin selepas ini kita perlu meningkatkan penghasilan meme telefon pintar dengan saiz bateri yang besar, menyokong pengecasan nirwayar pantas dan harga jualan yang amat mampu milik. Siapa tahun meme yang kita hasilkan sekiranya tular akan menjadi realiti.


TIPS & ULASAN