Google Turut Sedang Menguji Penggunaan Tema Gelap Untuk Chrome Pada Android

Google Turut Sedang Menguji Penggunaan Tema Gelap Untuk Chrome Pada Android

Diterbitkan pada Feb 10, 2019 oleh .

Baru-baru ini, kita telah melihat pihak Google memulakan ujian awal untuk tema gelap pada Chrome versi desktop. Kini, selain daripada hanya untuk pengguna desktop, Google juga turut telah mula melakukan perkara sama untuk Chrome pada Android.

Melalui Chrome 73 Beta untuk Android, Google telah memulakan ujian awal untuk tema gelap. BUat masa ini, ia masih pada peringkat awal dan pada peringkat eksperimental. Ia hanya memaparkan kotak konteks sahaja dalam paparan tema gelap dan bukannya keseluruhan elemen. Ciri ini juga dilihat diaktifkan apabila pengguna menetapkan ciri “Dark Mode” pada Android Pie mereka sebagai aktif.

Buat masa ini, ia tidak diketahui lagi bilakah ciri tema gelap ini akan diperkenalkan secara rasminya untuk semua pengguna seluruh dunia. Google dijangka akan memperkenalkan ciri ini dengan meluas pada pelbagai aplikasi mereka melalui Android Q akan datang.

Penggunaan tema gelap dijangka akan menjimatkan penggunaan tenaga bateri – terutamanya pada panel skrin OLED – memandangkan warna hitam akan mematikan pixel berkaitan pada paparan. Selain daripada itu, ia juga memberikan lebih keselesaan pada mata, terutamanya ketika digunakan pada waktu malam dan persekitaran bercahaya malap.


TIPS & ULASAN