Cari @ Amanz

Samsung bakal melancarkan telefon pintar mercu mereka yang terbaru pada 21 Februari 2019 ini. Kini, selari dengannya, telefon pintar terbaru daripada Samsung berkenaan turut telah melepasi pengesahan pihak Sirim di Malaysia – menandakan ia akan turut dijual di Malaysia secepat mungkin selepas pelancaran rasminya.

Galaxy S10 Sirim

Pengesahan Sirim turut mengesahkan yang mana ia akan menawarkan ciri pemindahan tenaga secara nirwayar – yang mana membolehkan pengguna peranti Galaxy S10 Plus untuk mengecas peranti dengan sokongan pengecasan Qi yang lain pada bila-bila masa. Disamping itu, ia turut disahkan menyokong WiFi 6, sokongan NFC, selain sokongan 2 SIM bersama-sama dengannya.

Buat masa ini, hanya model Galaxy S10 Plus (SM-G975F) yang melepasi Sirim, dan kita mungkin melihat model lain turut melepasi pengesahan Sirim tidak lama lagi.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd