Cari @ Amanz

Fungsi pengecasan nirwayar dapat memudahkan pengguna mengecas peranti dengan hanya meletakkannya di atas pad pengecasan. Teknologi pengecasan ini telah wujud sejak era pembangunan Palm Pre pada tahun 2009 dan kemudiannya, ia dipopularkan melalui peranti Nokia Lumia 920 & Lumia 820 pada sekitar 2012. Ia juga telah digunakan pada peranti lama Google Nexus dan pada akhir 2017, Apple juga telah mula mengimplementasikan fungsi pengecasan nirwayar ini pada siri iPhone 8 dan ke atas.

Teknologi pengecasan nirwayar pada saat ini dipelopori oleh Qi (sebutan: “chi”) iaitu piawaian terbuka untuk sokongan ini. Ia telah digunakan oleh banyak keluaran peranti terutama peranti yang direka untuk kegunaan berkuasa. Syarikat automotif juga telah mula meletakkan pad pengecasan Qi ini di dalam kenderaan, bagi membolehkan peranti dicas sebaik sahaja diletak pada ruang pengecasan. Dengan teknologi pengecasan nirwayar ini, ia membolehkan pengguna mengecas peranti tanpa memerlukan peranti disambungkan ke wayar dalam lingkungan 4cm.

Kami telah memilih beberapa peranti dengan pengecasan nirwayar di bawah RM2500 ini, yang mana dinilai berdasarkan sejumlah kriteria permilihan di bawah.

Kriteria Pemilihan

  • Telefon 2017 dan ke atas.
  • Mempunyai sokongan pengecasan nirwayar berasaskan Qi secara terbina.
  • Ditawarkan secara rasmi di Malaysia.

Selain itu, kesemua telefon yang dipilih di dalam artikel ini adalah berdasarkan set original pada harga terendah yang anda boleh dapat daripada pengedar-pengedar yang sah. Jadi bagi anda yang sedang mencari peranti baru dan fungsi pengecasan nirwayar ini menjadi keutamaan anda, ini dia senarai peranti dengan pengecasan nirwayar yang anda boleh dapat di bawah harga RM2500.


Samsung Galaxy Note FE

Kita mulakan dahulu dengan Samsung Galaxy Note FE. Ia merupakan Samsung Galaxy Note 7 yang dibarukan akibat isu bateri yang melanda setelah sebulan peranti tersebut dikeluarkan. Apa yang menarik mengenai peranti Galaxy Note FE ini, ia hadir dengan skrin Super AMOLED, dijana dengan cip lapan-teras Exynos 8890, dan mempunyai memori 4GB RAM. Ia juga didatangkan dengan kamera utama 12MP f/1.7, slot kad mikroSD, dan hadir dengan sokongan stylus.

Cuma kekurangannya, ia menampilkan nisbah lama 16:9 selain menyajikan rekaan bingkai yang tebal pada bahagian atas dan bawah. Ia juga tidak menampilkan sebarang sokongan dwi-kamera, jadi ia tidak membolehkan anda menikmati sokongan zoom optikal sebanyak dua kali. Kapasiti baterinya juga dilihat rendah, yang mana hanya mampu bertahan sepanjang hari apabila digunakan secara kasual.

Spesifikasi:

  • 5.7” Super AMOLED QHD 16:9
  • Exynos 8890
  • 4 x Mongoose 2.3 GHz, 4 x Cortex-A53 1.6 GHz
  • 4GB RAM / 64GB + mikroSD
  • 12MP f/1.7 OIS / 5MP f/1.7
  • Bluetooth 4.2, Wi-Fi 802.11 a/b/g/n/ac, NFC
  • 3200 mAh, USB-C, Adaptive Fast Charging

Harga: RM1599 (4GB RAM + 64GB)


Samsung Galaxy S8+

Peranti kedua yang anda boleh dapat ialah Samsung Galaxy S8+. Apa yang menarik mengenai peranti ini, ia membawakan paparan 6.2-inci, dijana dengan cip lapan-teras Exynos 8895, dan mempunyai memori 4GB RAM. Ia juga didatangkan dengan kamera utama 12MP f/1.7, slot kad mikroSD, dan hadir dengan kapasiti bateri 3500 mAh.

Dari segi kekurangannya, ia hanya didatangkan dengan sokongan satu kamera utama sekaligus tidak membenarkan anda menikmati sokongan telefoto seperti Samsung Galaxy Note 8.

Spesifikasi:

  • 6.2” Super AMOLED QHD+ 18.5:9
  • Exynos 8895
  • 4 x Mongoose M2 2.3 GHz, 4 x Cortex-A53 1.7 GHz
  • 4GB RAM / 64GB + mikroSD
  • 12MP f/1.7 OIS / 8MP f/1.7
  • Bluetooth 5.0, Wi-Fi 802.11 a/b/g/n/ac, NFC
  • 3500 mAh, USB-C, Adaptive Fast Charging

Harga: RM1898 (4GB RAM + 64GB)


Samsung Galaxy Note 8

Peranti ketiga yang anda boleh dapat ialah Samsung Galaxy Note 8. Apa yang menarik mengenai peranti ini, ia membawakan paparan 6.2-inci, dijana dengan cip Exynos 8895, dan mempunyai memori 6GB RAM. Ia juga didatangkan dengan sokongan dwi-kamera, slot kad mikroSD, dan mempunyai sokongan stylus.

Cuma kekurangannya, kapasiti baterinya dilihat rendah untuk membolehkan anda mendapatkan nyalaan skrin yang lama untuk kegunaan sepanjang hari.

Spesifikasi:

  • 6.3” Super AMOLED QHD+ 18.5:9
  • Exynos 8895
  • 4 x Mongoose M2 2.3 GHz & 4 x Cortex-A53 1.7 GHz
  • 6GB RAM / 64GB + mikroSD
  • 12MP f/1.7 OIS + 12MP f/2.4 / 8MP f/1.7
  • Bluetooth 5.0, Wi-Fi 802.11 a/b/g/n/ac, NFC
  • 3300 mAh, USB-C, Adaptive Fast Charging

Harga: RM2099 (6GB RAM + 64GB)


Samsung Galaxy S9

Peranti seterusnya yang anda boleh dapat ialah Samsung Galaxy S9. Apa yang menarik mengenai peranti ini, ia membawakan rekaan yang kompak, dijana dengan cip Exynos 9810, dan mempunyai memori 4GB RAM. Ia juga didatangkan dengan sokongan kamera dengan fungsi variable aperture, slot kad mikroSD, dan hadir dengan pembesar suara stereo.

Seperti Galaxy Note 8, kapasiti bateri peranti ini juga dilihat rendah sekaligus tidak disyorkan untuk kegunaan intensif (sekiranya anda mahu peranti anda tahan sepanjang hari).

Spesifikasi:

  • 5.8” Super AMOLED QHD+ 18.5:9
  • Exynos 9810
  • 4 x Mongoose M3 2.7 GHz, 4 x Cortex-A55 1.8 GHz
  • 4GB RAM / 64GB + mikroSD
  • 12MP f/1.5-2.4 OIS / 8MP f/1.7
  • Bluetooth 5.0, Wi-Fi 802.11 a/b/g/n/ac, NFC
  • 3000 mAh, USB-C, Adaptive Fast Charging

Harga: RM2199 (4GB RAM + 64GB)


Xiaomi Mi MIX 2S

Anda juga boleh mendapatkan Xiaomi Mi MIX 2s yang merupakan telefon termurah yang anda boleh dapat di dalam senarai ini. Ia membawakan skrin sebesar 5.99-inci, cip Snapdragon 845, dan mempunyai memori 6GB RAM. Ia juga membawakan sokongan dwi-kamera, Quick Charge 3.0, dan menawarkan kapasiti bateri 3400 mAh.

Cuma dari segi kekurangannya, ia tidak menampilkan sebarang slot kad mikroSD untuk kebolehan penambahan storan. Ia juga tidak menyajikan sebarang bicu audio 3.5mm sekaligus memerlukan anda bergantung kepada penyesuai USB-C ke 3.5mm. Kedudukan kameranya juga berada di bahagian bawah, yang mana tidak dioptimasikan dengan baik untuk kegunaan aplikasi pihak ketiga.

Spesifikasi:

  • 5.99” IPS LCD FHD+ 18:9
  • Qualcomm Snapdragon 845
  • 4 x Kryo 385 Gold 2.8 GHz, 4 x Kryo 385 Silver 1.8 GHz
  • 6GB RAM / 64GB
  • 12MP f/1.8 OIS + 12MP / 5MP f/2.0
  • Bluetooth 5.0, Wi-Fi 802.11 a/b/g/n/ac, NFC
  • 3400 mAh, USB-C, Quick Charge 3.0

Harga: RM1399 (6GB RAM + 64GB)


Xiaomi Mi MIX 3

Telefon terakhir yang anda boleh dapat ialah Xiaomi Mi MIX 3. Apa yang menarik mengenai peranti ini, ia membawakan rekaan yang boleh diluncurkan, dijana dengan cip Snapdragon 845, dan mempunyai memori 6GB RAM. Ia juga didatangkan dengan sokongan dwi-kamera pada bahagian hadapan dan belakang, sokongan Quick Charge 4+, dan hadir dengan pengecas tanpa wayar secara percuma.

Cuma kekurangannya, kapasiti baterinya dilihat tidak bersesuaian untuk kegunaan intensif. Ia juga tidak menampilkan slot kad mikroSD namun storan dalaman sebesar 128GB dilihat mencukupi untuk kebanyakan pengguna. Seperti Mi MIX 2S, Mi MIX 3 juga tidak menempatkan sambungan bicu audio 3.5mm untuk kemudahan penyambungan peranti audio tanpa penyesuai USB-C ke 3.5mm.

Spesifikasi:

  • 6.39” AMOLED FHD+ 19.5:9
  • Qualcomm Snapdragon 845
  • 4 x Kryo 385 Gold 2.8 GHz, 4 x Kryo 385 Silver 1.7 GHz
  • 6GB RAM / 128GB
  • 12MP f/1.8 OIS + 12MP / 24MP + 2MP
  • Bluetooth 5.0, Wi-Fi 802.11 a/b/g/n/ac, NFC
  • 3200 mAh, USB-C, Quick Charge 4+

Harga: RM2199 (6GB RAM + 128GB)


Jadi itulah senarai telefon dengan pengecasan nirwayar yang anda boleh dapati di bawah harga RM2500. Kesemua peranti yang disenaraikan di atas boleh didapati melalui kedai fizikal rasmi atau menerusi laman-laman jualan utama Malaysia seperti Lelong, Lazada, Shopee, 11street.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd