Cari @ Amanz

Sebelum ini Mark Zuckerberg  mengatakan sistem pemesejan pada WhatsApp, Facebook dan Instagram bakal digabungkan. Ini dijangka berlaku pada tahun 2020 bagi memudahkan pengguna ketiga-tiga platform menguruskan mesej  yang diterima secara setempat. Ujian awal sistem pemesejan setempat ini bakal diterima oleh pentadbir laman (page admin) Facebook terlebih dahulu.

Mereka kini boleh menjawab mesej DM yang diterima pada laman Instagram yang disambungkan kepada laman Facebook. Mesej yang diterima ini akan muncul di dalam kotak mesej laman Facebook yang ditadbir. Dengan ujian fungsi ini, Facebook sedikit sebanyak memberikan gambaran bagaimana penyatuan sistem pemesejaran akan berlaku.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd