Tentera Amerika Syarikat Ingin Membina Raifal Yang Sepintar Sebuah iPhone

Tentera Amerika Syarikat Ingin Membina Raifal Yang Sepintar Sebuah iPhone

Diterbitkan pada Feb 11, 2019 oleh .

Ketika dilancarkan pada tahun 2007, iPhone mengubah landskap telefon mudah alih sekaligus memulakan era telefon pintar yang kita nikmati sekarang. Anjakan paradigma yang dibawa oleh iPhone menyebabkan gergasi telefon mudah alih seperti Nokia dan Motorola tumbang kerana tidak berevolusi selari dengan keperluan semasa. Tentera Amerika Syarikat kini sedang mencari raifal generasi hadapan yang mempunyai kepintaran seakan iPhone.

Di bawah program Next Generation Squad Weapon (NGSW), kedua-dua raifal Colt M4 dan FN M249 LMG. Tidak seperti raifal kegunaan semasa, raifal yang dibangunkan di bawah program NGSW akan dilengkapi sistem pintar bagi memudahkan infantri membidik kedudukan musuh, menembak dengan lebih tepat serta sensor yang melakukan perkiraan balistik bagi pihak mereka.

Ia turut harus mempunyai sistem peredam bunyi terbina serta menggunakan peluru 6.8 mm. Peluru yang lebih besar berbanding 5.56mm yang digunakan NATO dipilih bagi mengalahkan sistem perisai tubuh sedia ada. Dengan sistem pintar terbina, NGSW diharap akan mengubah landskap senjata ringan seperti iPhone. Pihak tentera A.S senjata yang dihasilkan akan mula digunakan seawal 2022.


TIPS & ULASAN