Carian
Rekaan Dan Spesifikasi Samsung Galaxy M30 Tertiris
February 11, 2019 Effi Saharudin

Peranti siri Galaxy M ialah usaha terkini Samsung untuk menghasilkan peranti kelas pertengahan yang mampu milik. Buat masa ini ia hanya ditawarkan di India dengan pemproses Exynos 7904. Galaxy M30 ialah peranti seterusnya di dalam siri ini dan rekaan serta spesifikasinya telahpun tertiris pada hujung minggu lalu.

Samsung Galaxy M30 akan dilengkapi skrin 6.38″ AMOLED dengan rekaan Infinity-V, pemproses Exynos 7904, memori sebesar 6GB RAM dan storan sehingga 128GB. Kamera utama menggunakan sensor 13+5+5 Megapixel dan kamera hadapan pula sebesar 16-Megapixel. Akhir sekali peranti ini akan hadir dengan bateri sebesar 5000 mAh yang dicas menggunakan USB-C. Ini bermakna Galaxy M30 ialah sebuah M20 dengan skrin lebih besar dan kamera yang dipertingkatkan.

Komen