TP-Link merupakan salah satu jenama pengeluar perkakasan yang popular, dan turut mempunyai jenama telefon pintar mereka tersendiri, dinamakan Neffos. Terkini, di Malaysia, pihak Neffos telah pun mengumumkan penawaran telefon pintar mampu milik mereka yang terbaru, iaitu Neffos C5 Plus.
Untuk makluman, Neffos C5 Plus bukan model yang terbaru – tetapi dilihat hanya dipasarkan di Malaysia baru-baru ini. Ia hadir dengan skrin 5.34-inci, dilengkapi memori 1GB RAM, dan storan 8GB. Melengkapkannya juga adalah kamera hadapan 2-megapixel, selain kamera belakang 5-megapixel.
Telefon pintar ini menggunakan pengecas berasaskan mikro-USB, kad-SIM bersaiz mikro, selain dijana Android 8.1 Oreo Go Edition. Seperti ramai sedia maklum, penawaran Android Go adalah dioptimasikan untuk peranti berspesifikasi rendah, selain turut menawarkan sejumlah aplikasi dengan penggunaan data yang rendah, serta pengoptimasian untuk penggunaan secara luar-talian.
Di Malaysia, kini telefon pintar ini ditawarkan pada harga RM249, dan sudah boleh didapati melalui pengedar rasmi Neffos seluruh negara.
- Beli : Neffos C5 Plus