Cari @ Amanz

AMD baru sahaja melancarkan kad grafik terbaru mereka, AMD Radeon VII berdasarkan cip AMD Vega generasi kedua yang dibina menggunakan proses 7nm, tetapi desas-desus mengenai kad grafik mereka yang seterusnya, berdasarkan cip grafik Navi sudahpun mula dilaporkan.

Pada mulanya, terdapat pelbagai laporan yang menyatakan bahawa kad grafik tersebut akan diperkenalkan di acara COMPUTEX Taipei pada tahun ini, tetapi nampaknya laporan baru yang menyatakan bahawa kad grafik tersebut akan ditunda pelancarannya sehingga bulan Oktober tahun ini.

Tiada sebab kukuh yang diberikan tentang mengapa ia ditunda, tetapi satu kemungkinan ialah kerana AMD (ataupun TSMC) hanya boleh menghasilkan jumlah cip pemproses 7nm pada kuantiti yang terhad, dan AMD sudahpun mula menghasilkan cip-cip pemproses pada saiz tersebut dengan jumlah yang agak banyak, seperti cip untuk AMD Radeon VII dan CPU AMD EPYC generasi kedua dan juga AMD Ryzen generasi ketiga.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd