Samsung Galaxy M20 Melepasi Pengesahan SIRIM Di Malaysia

Samsung Galaxy M20 Melepasi Pengesahan SIRIM Di Malaysia

Diterbitkan pada Feb 11, 2019 oleh .

Dua minggu yang lalu Samsung Galaxy M20 dan M10 telah dilancarkan di India. Ia merupakan peranti pertama keluaran mereka dengan skrin bertakuk Infinity-V dan pemproses kelas pertengahan Exynos 7904. Galaxy M20 nampaknya bakal dilancarkan di Malaysia selepas ia melepas laman pengesahan SIRIM.

Samsung Galaxy M20 pula merupakan telefon pintar dengan skrin 6.3-inci FHD+ LCD, dijana cip Exynos 7904, memori dengan pilihan 3/4GB, storan dengan pilihan sehingga 64GB, kamera utama 13+5 Megapixel. kamera hadapan 8-Megapixel dan bateri sebesar 5000 mAh. Terdapat sokongan pengecasan pantas 15W menerusi port USB-C. Di India Galaxy M20 dijual pada harga sekitar RM 635. Pasti ramai berharap harga jualan mampu milik ini akan turut ditawarkan di Malaysia.


TIPS & ULASAN