Apple Disaman Kerana Memaksa Penggunaan Pengesahan Dwi-Faktor

Apple Disaman Kerana Memaksa Penggunaan Pengesahan Dwi-Faktor

Diterbitkan pada Feb 11, 2019 oleh .

Alamat emel dan akaun media sosial kini menjadi identiti anda di atas talian. Carian atas talian kini dilakukan oleh majikan sebelum mengambil kakitangan. Oleh itu identiti atas talian perlu dijaga bagi mengelakkan ia dicuri. Oleh itu sistem pengesahan dwi-faktor amat disarankan kepada semua perkhidmatan atas talian yang dimiliki.

Tetapi di Amerika Syarikat berlainan pula berlaku. Jay Brodsky seorang pengguna telah menyaman Apple kerana mendakwa mereka memaksa penggunaan pengesahan dwi-faktor. Di dalam writ saman yang difailkan. Brodsky merasakan tindakan Apple menghalang pengguna mematikan sistem dwi-faktor adalah menyusahkan. Malahan pengguna tidak diberikan amaran mereka perlu mematikan sistem dwi-faktor secara manual dalam masa singkat hanya 14 hari selepas akaun dibuka. Penggunaan dwi-faktor menurut beliau lagi menyusahkan pengguna dan mengambil masa sehingga 5 minit untuk mendapat kod laluan enam angka.

Sistem pengesahan dwi-faktor diperkenalkan oleh Apple sejak 2013 sebelum dikembangkan secara menyeluruh menerusi iOS 9. Ia menjamin keselamatan akaun anda. Persoalannya sekarang adakah ia benar-benar menyusahkan pengguna sehingga Apple perlu disaman?


TIPS & ULASAN