Gambar Sebenar Xperia XA3 Tertiris, Selari Dengan Imej Pengolokan

Gambar Sebenar Xperia XA3 Tertiris, Selari Dengan Imej Pengolokan

Diterbitkan pada Feb 11, 2019 oleh .

Telefon pintar jenama Sony dahulunya terkenal dengan perlindungan kalis air, kamera yang baik dan juga binaan yang berkualiti. Tetapi harga buat telefon Sony berada di luar kemampuan peminat, jadi siri XA dilancarkan dengan spesifikasi pertengahan dan harga yang lebih mampu milik. Xperia XA3 adalah model terkini dan imej pengolokannya sudah pun kita lihat sebelum ini.

Hari ini, gambar sebenar buat Xperia XA3 tertiris. Menurut sumber, gambar ini dikatakan diambil daripada satu video yang mana video tersebut telah pun dipadam. Melalui gambar ini, ia selari dengan imej pengolokan seperti rekaan kamera melintang serta rekaan skrin yang memanjang. Rekaan pengimbas cap jari dilihat kekal dengan identiti Sony tersendiri, iaitu berada di sisi.

Tiada butiran jelas mengenai peranti Sony ini, apa yang pasti ia akan hadir dengan rekaan skrin memanjang seperti Xperia XA2 Plus dan dikatakan akan dilancarkan di MWC tahun ini.


TIPS & ULASAN