Google Chrome 73 Akan Menyokong Kawalan Kandungan Multimedia Menggunakan Papan Kekunci

Google Chrome 73 Akan Menyokong Kawalan Kandungan Multimedia Menggunakan Papan Kekunci

Diterbitkan pada Feb 11, 2019 oleh .

Papan kekunci moden hadir dengan pelbagai butang kawalan pemain video sebagai standard. Tetapi pada waktu ini kawalan ini hanya boleh dilakukan pada program komputer seperti Windows Media Player. Chrome 73 akan dilancarkan bulan hadapan dan ia akhirnya akan menyokong butang kawalan multimedia pada papan kekunci.

Butang yang disokong ialah main, jeda, kedepan, kebelakang, pantas kehadapan dan pantas kebelakang. Sistem kawalan ini disokong terus oleh Chrome membolehkan kawalan video muzik pada laman Spotify misalnya boleh dilakukan walaupun ketika tab tidak aktif. Sokongan ini boleh dilakukan pada Chrome 73 versi Chrome OS, macOS dan Windows. Sokongan untuk Linux akan diberikan tetapi tarikh muktamad belum diumumkan.


TIPS & ULASAN