Xiaomi Mempatenkan Peranti Dengan Skrin Melengkung Pada Keempat-Empat Sisi

Xiaomi Mempatenkan Peranti Dengan Skrin Melengkung Pada Keempat-Empat Sisi

Diterbitkan pada Feb 11, 2019 oleh .

Tidak dinafikan peranti dengan skrin OLED dengan lengkungan terbaik pada setiap sisi adalah iPhone X. Kenapa? Ini kerana ia tidak mempunyai dagu dan ia kelihatan seakan mempunyai skrin menyeluruh (kalau tiada takuk). Kemudian, telefon pintar yang mempunyai rekaan yang menyeluruh dan seksi adalah Oppo Find X – walapun lengkungan dagunya tidak sehebat iPhone X.

Terkini, Xiaomi dilihat ingin menandingi pesaing lain dengan mempatenkan telefon pintar dengan skrin yang melengkung pada setiap sisi. Telefon pintar dengan sisi melengkung dilihat mula diperkenalkan oleh Samsung, kemudian semakin banyak pesaing ikut seperti Huawei. Kini nampaknya adalah giliran Xiaomi pula.

Rekaan paten ini dilihat seakan peranti Meizu Zero, kerana tiada langsung butang kawalan. Tetapi tidak seperti Meizu Zero yang nirport, peranti Xiaomi ini dilihat kekal dengan port USB-C. Ini hanyalah paten awal dan untuk merealisasikan rekaan seperti ini banyak masa yang perlu diambil untuk membangunkannya. Kita mungkin akan lihat peranti seperti ini di masa akan datang.


TIPS & ULASAN