‘Gaming Mode’ Adalah Aplikasi Untuk Telefon Pintar Android Yang Tiada Mod Gaming Tersendiri

‘Gaming Mode’ Adalah Aplikasi Untuk Telefon Pintar Android Yang Tiada Mod Gaming Tersendiri

Diterbitkan pada Feb 11, 2019 oleh .

Menjadi trend sekarang jika sesebuah telefon pintar itu tiada fokus terhadap permua akan hadir dengan satu mod gaming terbina dalam sistem operasi Android. Maksud peranti yang fokus terhadap permua ini adalah seperti Pocophone F1, Razer Phone 2 atau juga Asus ROG Phone.

Banyak telefon Huawei atau Honor mempunyai GPU Turbo untuk meningkatkan prestasi, walaupun peranti tersebut bukan peranti mercu dan bukan peranti yang memfokuskan permua. Tetapi bagaimana pula peranti yang tidak ada ciri ini, tetapi pengguna masih ingin tingkatkan prestasi peranti mereka serta mempunyai pengalaman bermain yang lebih baik?

Gaming Mode – The Ultimate Game Experience Booster‘ adalah aplikasi yang memberi mod gaming kepada mana-mana peranti Android. Aplikasi ini akan membenarkan pengguna menetapkan peranti mereka untuk pengalaman bermain permua dengan lebih baik. Aplikasi ini juga boleh ditetapkan pada keseluruhan peranti atau juga satu per satu mengikut aplikasi yang diinginkan pengguna.

Antara ciri yang hadir dalam aplikasi ini adalah;

  • Mematikan penerimaan panggilan telefon secara automatik
  • Menghalang notifikasi
  • Mengurangkan aplikasi latar untuk RAM dan meningkatkan prestasi
  • Mematikan mod kecerahan skrin automatik dan tetapkan mengikut citarasa pengguna
  • Mengubah keadaan WiFi
  • Mengubah aras suara peranti

Aplikasi ini adalah percuma untuk digunakan dan segala ciri di atas boleh digunakan tanpa sebarang masalah. Tetapi, jika inginkan kawalan tambahan pengguna boleh beli aplikasi ini dan kelak, bagi sesiapa yang beli turut akan menerima ciri yang banyak yang akan ditambah kemudian.

Muat Turun ‘Game Mode’ Di Google Play Store


TIPS & ULASAN