Microsoft Memberi Peringatan Supaya Berhenti Menggunakan Internet Explorer

Microsoft Memberi Peringatan Supaya Berhenti Menggunakan Internet Explorer

Diterbitkan pada Feb 11, 2019 oleh .

Internet Explorer (IE) diberikan secara terpasang pada sistem perisian Windows sejak 1995 bagi menentang kebangkitan Netscape Exporer. Ia pernah menjadi pelayar web yang paling popular di dunia penggunaan mencecah 95% pada tahun 2003. Pembangunannya dihentikan oleh Microsoft selepas mereka berubah ke Edge sejak 2015. Namun begitu masih banyak komputer menggunakan IE kerana laman web dengan rekaan lama yang memerlukannya.

Microsoft kini memberikan peringatan kepada pembangun laman supaya berhenti menggunakan IE menerusi sebuah artikel yang ditulis pakai keselamatan siber mereka Chris Jackson. Beliau berkata masih banyak syarikat menggunakan IE bagi menjalankan aplikasi web mereka yang telah lama tidak dikemaskini dengan bergantung kepada mod keserasian yang wujud di dalam IE.

Menandangkan IE tidak lagi dibangunkan secara aktif, ia akan akan menyokong standard baharu Internet yang diperkenalkan. Sekiranya pembangun berkeras menggunakan IE, mereka hanya mengumpul “hutang teknologi” yang akan menyebabkan mereka berbelanja lebih untuk menjadikan laman mereka serasi dengan pelayar baharu di masa hadapan.

Sehingga kini kami masih menghadapi masalah dengan sesetengah laman yang hanya boleh dilayari dengan betul menggunakan IE. Ia menjengkelkan sehingga kami berhenti melayari laman kerana ia penyelesaian yang lebih mudah berbanding memuat turun pelayar lama yang tidak lagi selamat digunakan.


TIPS & ULASAN