OpenGApps Tidak Boleh Diakses, Tiada GApps Yang Boleh Dimuat Turun Buat Masa Ini

OpenGApps Tidak Boleh Diakses, Tiada GApps Yang Boleh Dimuat Turun Buat Masa Ini

Diterbitkan pada Feb 11, 2019 oleh .

OpenGApps adalah perkhidmatan yang menyediakan GApps dalam bentuk .zip yang mudah untuk pengguna flash terus ke peranti. GApps kebiasaannya digunakan oleh pengguna custom ROM untuk ROM yang tidak mempunyai sebarang aplikasi sistem Google.

Terkini, Github telah menghalang akses kepada repository OpenGApps dan pengguna tidak boleh memuat turun apa jua versi GApps. Menurut Github, repository ini dihalang kerana penggunaan repository oleh OpenGApps dilihat mungkin telah melanggar peraturan Github.

Buat masa ini, mana-mana pengguna custom ROM dinasihatkan menggunakan fail .zip OpenGApps yang lama dan kemaskini kemudian melalui Play Store selepas pemasangan. Tiada kenyataan rasmi diberikan buat masa ini, tetapi harapnya masalah ini tidak kekal lama.


TIPS & ULASAN