OnePlus Akan Memperlihatkan Telefon Prototaip 5G Mereka Pada MWC 2019

OnePlus Akan Memperlihatkan Telefon Prototaip 5G Mereka Pada MWC 2019

Diterbitkan pada Feb 11, 2019 oleh .

Pada penghujung bulan Februari 2019 ini, ia akan menyaksikan acara tahunan MWC 2019 berlangsung. Pelbagai pengeluar akan menyertainya, dan tahun ini OnePlus turut tidak ketinggalan.

Kini, pihak OnePlus turut mengesahkan yang mana mereka akan turut memperlihatkan peranti prototaip OnePlus 5G mereka, selain turut membolehkan para pengunjung jerayawara mereka untuk bermain dan mencuba permua melaluinya.

Buat masa ini, ia tidak diketahui sama ada peranti prototaip ini akan menggunakan rekaan yang serba baru – atau sekadar rekaan sama seperti OnePlus 6T tetapi dengan cip Snapdragon 855 dan modem 5G.

Seperti biasa, sama-sama kita nantikan MWC 2019 ini untuk melihat apakah kejutan yang akan dibawakan oleh OnePlus.


TIPS & ULASAN