Carian
Nubia Turut Akan Melancarkan Peranti Dengan Skrin Boleh Lipat Di MWC Barcelona
February 12, 2019 Effi Saharudin

Samsung akan melancarkan telefon dengan skrin boleh lipat mereka pada 20 Februari ini selepas dua tahun Project Valley diumumkan. Mereka dipintas terlebih dahulu oleh Royole Flexpai yang memperlihatkan peranti mereka tahun lalu. Di MWC yang berlangsung pada penghujung bulan ini, Nubia juga akan melancarkan peranti boleh lipat mereka.

Ini adalah dengan melihat gambar jemputan yang telah mereka kongsi pada laman Weibo semalam. Jemputan hadir dengan slogan “Flex Your Life” yang merupakan petanda paling jelas. Sebelum ini IFA yang berlangsung Ogos lalu, Nubia ada memperlihatkan telefon pintar dengan skrin melentur yang membolehkan ia dipakai seperti sebuah jam tangan pintar.

Komen