Muzik adalah penting kepada permainan video sama seperti grafik. Tanpa audio yang menarik, permainan tidak dapat dinikmati sepenuhnya. Bayangkan Street Fighter tanpa lagu tema Guile atau siri GTA tanpa muzik dari corong radio. Bagi peminat permainan Capcom, hampir 70 album muzik latar permainan video popular kini boleh distrim menerusi Spotify.
Antara muzik latar yang ditawarkan adalah dari siri Devil May Cry, Street Fighter, Okami, Rockman dan Monster Hunter. Seleksi album yang diberikan adalah agak terhad kerana tiada muzik dari Onimusha dan Viewtiful Joe misalnya tetapi pasti mengembalikan nostalgia kepada peminat permainan klasik. Sekiranya anda ingin memainkan tema Guile tanpa henti selama 8 jam di pejabat, kini anda boleh melakukannya menerusi Spotify dengan mengikut akaun Capcom Sound Theme.
- Info
- Strim muzik latar permainan video Capcom Sound Theme menerusi Spotify