Cari @ Amanz

Pengecas nirwayar digunakan secara lebih meluas sekarang selepas Qi dijadikan standard rasmi oleh majoriti pengeluar. Anda boleh membeli pengecas yang terbina pada meja, lampu dan juga pelapik tetikus pada harga yang mampu milik. Tetapi sekiranya anda mementingkan comel dari fungsi, pengecas Mr Charger adalah yang tertinggi di dalam senarai.

 Mr Charger kelihatan seperti sebuah robot mini dengan mata yang menunjukkan waktu. Ia boleh mengecas sebuah peranti dengan “duduk” di atasnya atau menonggeng dan berubah menjadi sebuah cagak. Mata Mr Charger hadir dalam versi analog dan digital. Apabila mengecas, logo kilat pada dadanya akan mengeluarkan warna merah. Berita buruk di sini ialah pengecas comel ini hanyalah konsep yang dihasilkan oleh firma Dawn by SJ dari Korea Selatan.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd