Pelayar Web Samsung Internet Browser Kini Mencapai 1 Bilion Muat Turun

Pelayar Web Samsung Internet Browser Kini Mencapai 1 Bilion Muat Turun

Diterbitkan pada Feb 12, 2019 oleh .

Kebanyakan peranti Android yang dihasilkan oleh pengeluar pasti sudah ada pelayar web Google Chrome terpasang. Tetapi terdapat juga pengeluar yang hadir dengan pelayar web sendiri seperti Xiaomi atau Samsung.

Terkini, pelayar web Samsung Internet Browser untuk Android dilihat telah mencapai jumlah muat turun sebanyak 1 bilion. Mengejutkan, jumlah muat turun ini sudah mengalahkan Firefox dan juga Opera yang lebih lama berada dalam Google Play Store.

Ini tidak dinafikan pelayar web ini adalah pelayar web yang agak baik serta pengguna Samsung dilihat semakin ramai. Kemudian dengan kemampuan peranti bukan Samsung juga boleh memuat turun pelayar web ini, ia turut menyumbang kepada jumlah muat turun ini. Adakah pembaca Amanz yang bukan pengguna Samsung menggunakan pelayar web ini?


TIPS & ULASAN