iPhone X adalah iPhone pertama dari Apple yang menawarkan sokongan Face ID bagi menggantikan Touch ID. Face ID dikatakan adalah sistem sekuriti yang baik dan selamat serta mempunyai teknik imbasan 3D yang tepat. Tetapi, Face ID ini berjaya ditipu dengan cetakan topeng muka 3D.
Disebabkan itu, Apple telah mempatenkan teknik Face ID baru bagi mengelak topeng muka 3D diimbas/dikesan. Jika topeng muka 3D, topeng, gambar atau lain-lain benda bukan wajah pengguna yang mendaftarkan Face ID – ia akan dibaca sebagai data yang tidak sah.
Menurut sumber, Apple mengubah formula (susun atur) sensor Face ID berfungsi untuk sistem menerima/mengenalpasti data identiti. Buat masa ini, iPhone XR, iPhone XS, dan iPhone XS hanya menggunakan Face ID yang dioptimasikan melalui perisian sahaja. Mungkin iPhone akan datang kita akan lihat teknik Face ID yang dipatenkan ini.