Carian
Rekod Konvoi Kereta Swapandu Terpanjang Dunia Kini Dipegang Syarikat China
February 12, 2019 Effi Saharudin

Dunia masa hadapan akan dipenuhi dengan kenderaan swapandu. Masalah terperangkap di dalam kesesakan lalu lintar dalam perjalanan ke tempat kerja akan dapat diselesaikan dan penumpang boleh melakukan kerja dengan tenang. Rekod dunia konvoi kenderaan swapandu di China telahpun dicatatkan di China.

Sebanyak 55 kereta swapandu buatan Changan Automotive berjaya bergerak di dalam konvoi sejauh 3.2 Kilometer dengan kelajuan purata 30 km/j. Rekod ini dilakukan pada 28 November tahun lalu tetapi hanya disahkan Guinness bulan lalu. Teknologi swapandu semasa masih belum membenarkan kenderaan bergerak di jalan awam tanpa campur tangan manusia. Tesla contohnya memerlukan pemandu meletakkan tangan pada stereng jika sistem AutoPilot diaktifkan. Jika tangan dilepaskan sistem ini akan dinyahaktifkan.

Komen